PERKHIDMATAN KUARANTIN TUMBUHAN DAN PERLINDUNGAN TANAMAN |
||||||
Pengenalan
Undang-undang dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan telah berkuatkuasa sejak 1935 di bawah Ordinan Perosak Pertanian 1935. Ordinan ini asalnya adalah untuk mengawal penyakit lada serta pengimportan bahan tanamannya dari luar. Pada 1976, Undang-undang Kuarantin Tumbuhan Malaysia telah digunapakai di Sarawak dan berperanan mengawal dan menghalang kemasukan perosak dan penyakit ke Negeri Sarawak. Undang-undang Kuarantin Tumbuhan di bawah Akta Undang-undang Malaysia 167 yang dikenali sebagai 'Plant Pests and Noxious Plant Act', 1976 dan kemudiannya dikenali sebaai Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Peraturan Kuarantin Tumbuhan (Import dan Export) 1986 adalah di bawah P.U(A) 74, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. |
||||||
Objektif Perkhidmatan Kuarantin Tumbuhan
|
||||||
| GARISPANDUAN PENGIMPORTAN TUMBUHAN DAN BAHAN PERTANIAN LAIN | ||||||
Kawalan Tumbuhan Eksport
Tumbuhan yang dikawal di bawah Arahan Kastam 1998 memerlukan Lesen Eksport iaitu bagi tumbuhan eksport atau bahagian tanaman eksport untuk tujuan pembiakan. Pejabat yang mengeluarkan Lesen Eksport: (a) Cawangan Perlindungan Tumbuhan dan Kuarantin, |
||||||
|
Pengeksport atau agen perlu melengkapkan borang "Customs No. 2" bertajuk "Declaration of Goods to be Exported" yang boleh diperolehi daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia. Lesen Eksport akan disahkan pada borang 'Permohonan Untuk Lesen Eksport' yang telah dikemukakan kepada mana-mana pejabat di atas. |
||||||
Sijil Phytosanitari dan Sijil CITES
Sijil Phytosanitari diperlukan jika diminta oleh negara yang mengimport. Permit CITES juga mungkin diperlukan sekiranya tumbuhan berkenaan merupakan spesies hutan yang dikawal. Permit ini terlebih dahulu hendaklah dipohon daripada Jabatan Perhutanan (Seksyen National Park dan Wild Life). |
||||||
Pusat Maklumat bagi Kondisi Import Negara-negara Luar
(a) Cawangan Perlindungan Tumbuhan dan Kuarantin, (b) Pejabat Pertanian Bahagian di semua bahagian |
||||||
Pengistiharan Sijil Phytosanitari
Sijil Phytosanitary tidak memberi jaminan mutlak bahan (produk pertanian) yang diimport tidak akan ditahan, tetapi bergantung kepada tindakan kuarantin selanjutnya semasa ketibaan di negara yang mengimport. Pemeriksaan selanjutnya mungkin dijalankan oleh negara yang mengimport dan jika konsaimen didapati dijangkiti perosak yang tidak dikehendaki, tindakan seterusnya seperti rawatan atau mungkin memusnahkannya akan diambil atau kemasukan nya tidak dibenarkan ke negara tersebut. |
||||||
|
Pemohon dikehendaki melengkapkan borang PQS.Form 2A dan dikemukakan kepada pejabat di atas berserta dengan Permit Import daripada negara yang mengimport jika ada. Bagi pengeluaran sijil, produk pertanian perlulah diperiksa dan jika perlu akan dirawat sama ada di pejabat atau di premis yang dinyatakan oleh pemohon. Sijil akan dikeluarkan sebaik sahaja selepas pemeriksaan dan rawatan. |
||||||
| Caj Levi Pengeluaran Sijil Phytosanitari
(1) Kadar dan masa pemeriksaan dan rawatan :
(2) Caj Mileage charge - 50 sen/km |