|
Perutusan Pengenalan Visi & Misi Objektif & Strategi Fungsi Perkhidmatan Program Carta Organisasi Piagam Pelanggan Nilai Kerja Personel Utama |


Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Pertanian Sarawak.
Sebagai sebuah agensi yang bertanggung jawab memudahcara transformasi sektor pertanian ke arah industri pertanian yang moden, berdaya saing dan mampan di Sarawak, kami berbesar hati untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan peranan & fungsi, objektif, program dan perkhidmatan yang kami sediakan kepada para klien dan 'stakeholder'. Maklumat yang disediakan mungkin tidak komprehensif tetapi kami berharap ia akan berguna sebagai rujukan mengenai pembangunan pertanian di Negeri Sarawak.
Laman ini bertujuan sebagai saluran memudahcara komunikasi dua hala antara Jabatan dan pelanggan dan stafnya dengan menyediakan maklumat terkini mengenai program, aktiviti dan perkhidmatan kami.