Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Last Update: 16 Nov 2018
Version 8.1.2

Please scan QR Code

Please scan QR Code

for mobile view

 

 

 for mobile view

 

 

 

 

For more enquiries, please contact us:
Address :
Department of Agriculture Sarawak, 7 & 12-17th Floor, Menara Pelita,
Jln. Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel. No.: 082-441000   Fax No.: 082-447821
Email :
 

For more enquiries, please contact us:

Address :

Department of Agriculture Sarawak, 7th, 12-14, 16-17th Floor, Menara Pelita, Jln. Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Tel. No.:  082-441000  
Fax No.:  082-447639 (Director Office), 
                 082-446039 (Human Resource)

Email : 

 

fb-437fb-437

Picture


KILANG TEBALOI PPK SADONG JAYA

Tebaloi ialah satu produk tradisional yang berasaskan pertanian kini kian popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan bahkan juga pelancong asing. Ia merupakan makanan ringan kaum Melanau yang diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utama.

Dahulu tebaloi hanya merupakan kuih asli orang kampung yang dibuat secara kecil-kecilan di kalangan wanita-wanita Melanau di kawasan Mukah dan Dalat. Cara pembuatan juga semuanya manual dan menggunakan alat-alat tradisional. Oleh itu keluarannya tidak begitu besar dan tiada kawalan mutu yang dititikberatkan sama ada dari segi rasa, bentuk, rupa atau pembungkusan.

Kini teknologi pembuatan makanan sudah dipermodenkan. Kebiasaan tebaloi tradisional menggunakan belanga kini ditukar kepada oven atau pengering (dryer) yang berkapasiti tinggi dan lain-lain alat moden yang boleh mempercepatkan pemprosesan. Justeru pengeluaran dapat dipertingkatkan ke tahap komersial. Di samping itu, kawalan mutu pelbagai aspek dan pengesahan halal pihak berkenaan juga diberi perhatian yang lebih.

Picture

Adunan dikacau menggunakan mesin

Jikalau dahulu pengeluaran tebaloi hanya terhad kepada kawasan di mana terdapatnya tepung lemantak atau di kawasan yang didiami kaum Melanau, kini senario ini sudah berubah. Kilang tebaloi di Sadong Jaya, Daerah Simunjan adalah satu-satunya kilang pengeluaran tebaloi moden yang terdapat di luar kawasan penanaman rumbia (mulong) serta kilang lemantak. Meskipun Sadong Jaya bukan pengeluar tepung lemantak, ia kaya dengan kelapa dan daun pisang yang juga merupakan keperluan utama dalam pembuatan tebaloi. Di samping itu, lokasi Sadong Jaya yang tidak begitu jauh dari Bandaraya Kuching memudahkan pengangkutan produk untuk pasaran tempatan sekitar bandaraya Kuching serta pasaran luar.

Kilang tebaloi yang dipunyai oleh PPK Sadong Jaya mempunyai peralatan yang moden. Ia mula beroperasi sejak bulan April 2000. Ia mampu mengeluarkan 400 hingga 600 bungkus tebaloi sehari. Jumlah pengeluaran hingga kini ialah 453,400 bungkus seberat 130 gram setiap satu dengan jumlah jualan menghampiri RM800,000.

Kuantiti dan kualiti keluaran telah meningkat setelah perubahan dilakukan mengikut syor-syor yang dikemukakan oleh SIRIM. Di samping itu, kemahiran para pekerja kilang tebaloi yang seramai 10 orang itu juga salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kuantiti dan kualiti keluaran. Pengurusan yang cekap dan penyeliaan yang berkesan di peringkat Pertubuhan Peladang Sadong Jaya. Pejabat Pertanian Bahagian dan Ibu Pejabat (Bahagian Institusi Peladang) mampu menempatkan keluaran kilang ini diketahui umum dan menjadi pilihan ramai.

Picture Pembungkusan lama
Pembungkusan baru
Picture


Dari segi pelbagai keluaran, selain tebaloi yang biasa (seperti yang dikeluarkan oleh kilang tradisional), kilang tebaloi di Sadong Jaya telah mengeluarkan tebaloi yang berperisa pandan dan coklat. Pihak kilang kini sedang mencuba perisa serta bentuk tebaloi yang berlainan supaya lebih sedap dan menarik. Semua keluaran ini dilabel dengan jenama 'Agrobest'. Produk-produk sampingan yang ada sekarang termasuklah serpihan terbaloi dan sagon untuk pasaran tempatan. Kedua-dua produk ini diperbuat daripada bahagian lebihan tebaloi yang telah dipotong mengikut saiz.

Kilang tebaloi Sadong Jaya berpotensi tinggi menjadi pengeluar tebaloi berkualiti tinggi untuk menembusi pasaran luar. Pihak Ibu Pejabat dengan dibantu oleh Pertubuhan Peladang Negeri sedang berusaha untuk mempromosikan produk ke luar negara seperti China dan Timur Tengah.

Kilang membuat tebaloi di PPK Sadong Jaya diselenggarakan dan diuruskan oleh Puan Nora binti Hj. Nong. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan beliau di talian 082-821352.




ARTIKEL LAIN DALAM KELUARAN INI:

KETUMBAR JAVA (Sejenis Herba Tempatan)

Nama Saintifik
:
Eryngium foetidum L.
Keluarga
:
Apiceae
Nama Tempatan
:
Ketumbar jawa (Melayu), Daun sup (Iban, Bidayuh), Udu muduk (Kelabit)
Penyediaan
:
Daun segar dicampurkan dengan ulam-ulaman, hidangan nasi dan sebagai penambah perisa dalam makanan. Ia biasanya digunakan oleh kaum Cina untuk menggantikan daun sup.
Kegunaan Tradisi
:
Untuk mengurangkan demam panas, mual, cirit-birit, kencing manis dan kekejangan.
Picture



CARA-CARA MEMBUAT TELUR ASIN

Bahan-bahan:

10 biji telur itik (segar)
450 gm garam kasar
2.5 liter air

Cara Menyediakan:

Sediakan bancuhan air garam. Garam kasar dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan untuk melarutkannya. Kemudian alih dari api dan sejukkan untuk semalaman.

Telur itik yang segar dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam balang kaca. Masukkan air garam sehingga menutupi kesemua telur. Letakkan 1 beg plastik bersih berisi air di atas telur dalam balang kaca tersebut untuk memastikan semua telur berada di bawah paras permukaan air garam. Tutup dan labelkan dan ia sedia untuk digunakan selepas 21 hari dari tarikh diproses.

Picture





[kembali]