Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
Last Update: 25 Jun 2017
Version 8.0.2

Please scan QR Code

Please scan QR Code

for mobile view

 for mobile view

 

For more enquiries, please contact us:
Address :
Department of Agriculture Sarawak, 7 & 12-17th Floor, Menara Pelita,
Jln. Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel. No.: 082-441000   Fax No.: 082-447821
Email : 

For more enquiries, please contact us:

Address :

Department of Agriculture Sarawak, 7 & 12-17th Floor, Menara Pelita,

Jln. Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Tel. No.: 082-441000   Fax No.: 082-447821

Email : 

Protection & Quarantine ServicesProtection & Quarantine Services

PERKHIDMATAN KUARANTIN TUMBUHAN DAN PERLINDUNGAN TANAMAN

Pengenalan

Undang-undang dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan telah berkuatkuasa sejak 1935 di bawah Ordinan Perosak Pertanian 1935. Ordinan ini asalnya adalah untuk mengawal penyakit lada serta pengimportan bahan tanamannya dari luar.  Pada 1976, Undang-undang Kuarantin Tumbuhan Malaysia telah digunapakai di Sarawak dan berperanan mengawal dan menghalang kemasukan perosak dan penyakit ke Negeri Sarawak. Undang-undang Kuarantin Tumbuhan di bawah Akta Undang-undang Malaysia 167 yang dikenali sebagai 'Plant Pests and Noxious Plant Act', 1976 dan kemudiannya dikenali sebaai Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Peraturan Kuarantin Tumbuhan (Import dan Export) 1986 adalah di bawah P.U(A) 74, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

Objektif Perkhidmatan Kuarantin Tumbuhan

 

  1. Untuk mengelak kemasukan perosak dan penyakit luar melalui point kemasukan Negeri
  2. Untuk mengambil apa-apa tindakan memusnahkan perosak berbahaya dalam pertanian dengan mewujudkan 'Post-Entry Quarantine' dan Prosedur Kuarantin Domestik
  3. Memberi kesedaran dan kerjasama dengan orang awam tentang kepentingan cara mengelak perosak berbahaya bagi menjamin Perkhidmatan Kuarantin Tumbuhan yang efisien dan efektif.
  4. Membangun dan mengadaptasi teknik mengesan dan mengenalpasti perosak serta skedul rawatan untuk memastikan perkhidmatan kuarantin yang lebih baik bagi memudahcara perdagangan dan industri Negeri Sarawak
  5. Membangun dan menggunakan teknologi maklumat mana-mana perlu bagi memastkan fungsi Perkhidmatan Kuarantin Tumbuhan yang efisien dan efektif.
GARISPANDUAN PENGIMPORTAN TUMBUHAN DAN BAHAN PERTANIAN LAIN
Kawalan Tumbuhan Eksport

Tumbuhan yang dikawal di bawah Arahan Kastam 1998 memerlukan Lesen Eksport iaitu bagi tumbuhan eksport atau bahagian tanaman eksport untuk tujuan pembiakan.

Pejabat yang mengeluarkan Lesen Eksport:

(a)  Cawangan Perlindungan Tumbuhan dan Kuarantin, 
      Jabatan Pertanian Sarawak, HQ Annex,
      Jalan Kumpang, Off Jln. Ong Tiang Swee,
      93200 Kuching      Tel. No.: 082-414711


(b) 
Pejabat Pertanian Bahagian di semua bahagian

Prosedur Untuk Mendapatkan Lesen Eksport

Pengeksport atau agen perlu melengkapkan borang "Customs No. 2" bertajuk "Declaration of Goods to be Exported" yang boleh diperolehi daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia.  Lesen Eksport akan disahkan pada borang 'Permohonan Untuk Lesen Eksport' yang telah dikemukakan kepada mana-mana pejabat di atas.

Sijil Phytosanitari dan Sijil CITES

Sijil Phytosanitari diperlukan jika diminta oleh negara yang mengimport. Permit CITES juga mungkin diperlukan sekiranya tumbuhan berkenaan merupakan spesies hutan yang dikawal. Permit ini terlebih dahulu hendaklah dipohon daripada Jabatan Perhutanan (Seksyen National Park dan Wild Life).

Pusat Maklumat bagi Kondisi Import Negara-negara Luar

(a) Cawangan Perlindungan Tumbuhan dan Kuarantin,
      Jabatan Pertanian Sarawak, HQ Annex,
      Jalan Kumpang, Off Jln. Ong Tiang Swee,
      93200 Kuching      Tel. No.: 082-414711            

(b) Pejabat Pertanian Bahagian di semua bahagian

Pengistiharan Sijil Phytosanitari

Sijil Phytosanitary tidak memberi jaminan mutlak bahan (produk pertanian) yang diimport tidak akan ditahan, tetapi bergantung kepada tindakan kuarantin selanjutnya semasa ketibaan di negara yang mengimport.

Pemeriksaan selanjutnya mungkin dijalankan oleh negara yang mengimport dan jika konsaimen didapati dijangkiti perosak yang tidak dikehendaki, tindakan seterusnya seperti rawatan atau mungkin memusnahkannya akan diambil atau kemasukan nya tidak dibenarkan ke negara tersebut.

Prosedur Mendapatkan Sijil Phytosanitary

Pemohon dikehendaki melengkapkan borang PQS.Form 2A  dan dikemukakan kepada pejabat di atas berserta dengan Permit Import daripada negara yang mengimport jika ada.

Bagi pengeluaran sijil, produk pertanian perlulah diperiksa dan jika perlu akan dirawat sama ada di pejabat atau di premis yang dinyatakan oleh pemohon. Sijil akan dikeluarkan sebaik sahaja selepas pemeriksaan dan rawatan.

Caj Levi Pengeluaran Sijil Phytosanitari

(1) Kadar dan masa pemeriksaan dan rawatan :

i. Bagi setengah jam pertama - RM10.00
ii. Bagi setengah jam kedua - RM10.00
iii. Bagi setiap jam berikutnya - RM20.00

(2) Caj Mileage charge - 50 sen/km
(3) Caj bahan kimia dan lain-lain yang digunakan



[back]