Top Menu
Language Select
  English  | Malay
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 29 Sept 2014
Versi 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
Perikanan Darat : Prosedur Memohon Lesen Menternak Ikan Dalam Sangkar Cetak Perikanan Darat :  Prosedur Memohon Lesen Menternak Ikan Dalam Sangkar

PERKHIDMATAN PELESENAN PERIKANAN DARAT

 

TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR

Ternakan Ikan dalam Sangkar (Peraturan 31, Ordinan Perikanan Negeri 2003)

Anda dikehendaki mempunyai lesen untuk membina struktur sangkar bertujuan untuk menternak ikan di perairan sungai atau tasik di Negeri Sarawak, tertakluk kepada syarat-syarat.

Lesen boleh diperolehi daripada Unit Penguatkuasaan Dan Pelesenan, Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian.

Yuran lesen ialah RM2.00 untuk setiap sangkar dengan ukuran 3.3m x 3.3m setahun dan hendaklah diperbaharui setiap tahun sebelum tamat tempohnya.

Operasi tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan dan boleh dikompaun atau didenda.

Prosedur Memohon Ternakan Ikan Dalam Sangkar

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat Unit Penguatkuasa dan Pelesenan atau melalui Pejabat Pertanian Bahagian bersama-sama dengan salinan dokumen yang disahkan sebanyak 2 set.

  1. Peta lokasi sungai atau tasik di mana sangkar akan didirikan
  2. Pelan sangkar
  3. Dua keping gambar bersaiz paspot

Permohonan yang melibatkan sungai akan dirujuk kepada Lembaga Sungai-sungai Sarawak untuk kebenaran dan memastikan ia dibina supaya tidak menghalang lalu-lintas bot-bot di sungai tersebut, Peraturan Sunga-sungai Sarawak (Trafik), 1993.

Menternak ikan di dalam sangkar di perairan umum tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan.

Penalti

Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Permohonan Lesen Ternakan Ikan Dalam Sangkar (Peraturan 31)

Carta Alir

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Penguatkuasa dan Pelesenan
Bahagian Perikanan Darat
Jln. Dusun Off Jln. Ong Tiang Swee
93200 Kuching
Sarawak
Tel: 082-419287/ Fax: 082-429461

atau Pegawai Perikanan di Pejabat Pertanian Bahagian dekat anda:

Samarahan Tel: 082-671221
Sri Aman Tel: 083-322120
Betong Tel: 083-472005
Sarikei Tel: 084-654144
Sibu Tel: 084-333711
Bintulu Tel: 086-311484
Miri Tel: 085-432933
Limbang Tel: 085-217917
Mukah Tel: 084-871205
Kapit Tel: 084-796316
 
|