Top Menu
Language Select
  English  | Malay
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 31 Okt 2014
Versi 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
SKIM ORGANIK MALAYSIA Cetak SKIM ORGANIK MALAYSIA

SKIM ORGANIK MALAYSIA (SOM)

Picture

Perladangan Organik

Perladangan organik merupakan satu sistem pengeluaran yang mengelakkan dari penggunaan baja dan racun perosak sintetik. Selain dari itu, pengusaha mengambil langkah-langkah untuk melindungi alam sekitar dan memelihara biodiversiti. Kompos, najis haiwan, sisa tanaman, tanaman kekacang dan green manure dan baja organik digunakan bagi meningkatkan kesuburan tanah dan sebagai pembajaan tanaman. Bagi menangani masalah perosak, penyakit dan rumpai kaedah-kaedah mekanikal, fizikal, kultura termasuk tanaman giliran dan kawalan secara biologi diamalkan.

Hasil tanaman dari ladang yang diusahakan di bawah sistem perladangan organik selamat dari sisa baki kimia yang tidak diingini.


Skim Organik Malaysia (SOM)

SOM adalah satu program persijilan untuk mengiktiraf pemilik ladang yang mengusahakan tanaman ladang mengikut keperluan-keperluan yang ditetapkan dalam piawaian (standard) organik negara, MS 1529:2001.

Skop

Skom skim ini pada peringkat permulaan memberi tumpuan kepada pengeluaran dan pengendalian (termasuk pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan jualan secara terus) bahan makanan tanaman organik.

Asas Persijilan

Skim ini adalah berasaskan pematuhan kepada ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam piawaian organik negara. Piawaian ini menggariskan keperluan yang berkaitan dengan pengeluaran, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan jualan terus bahan makanan tanaman organik.

Di antara perkara-perkara yang diambil kira dalam penilaian skim ini ialah:

  • Kesesuaian tapak penanaman
  • Masa peralihan dari sistem pengeluaran konvensional ke sistem pengeluaran organik
  • Sisa baki racun perosak dan logam berat
  • Tanaman buffer dan jarak zon buffer
  • Pengurusan kesuburan tanah
  • Pengurusan air yang baik
  • Penggunaan benih dan bahan tanaman
  • Penggunaan bahan baja, soil condioners dan bahan kawalan perosak dan penyakit
  • Pengurusan rumpai, penyakit dan perosak
  • Pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan hasil ladang
  • Jualan terus produk
  • Penyimpanan rekod-rekod


Pelaksanaan Skim

Skim ini dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Pemeriksaan ladang dijalankan oleh inspektor dan keputusan untuk meluluskan sesebuah ladang sebagai organik atau tidak dibuat oleh satu Jawatankuasa Persijilan yang dianggotai oleh ahli-ahli dari pelbagai Jabatan / Agensi kerajaan.

Faedah kepada pengeluar

Hasil yang dikeluarkan dari ladang yang telah diberi persijilan boleh dilabel sebagai organik dan berhak menggunakan logo Organik Malaysia ke atas produk mereka. Dengan label ini, produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang setimpal.

Faedah kepada pengguna

Pengguna dapat keyakinan yang produk dibeli adalah benar-benar organik dan tidak mengandungi sisa-sisa kimia yang tidak diingini kerana telah mematuhi piawaian organik negara.

Faedah kepada alam sekitar dan pekerja

Oleh kerana baja dan racun perosak kimia dilarang penggunaannya di bawah sistem perladangan organik, secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan di kalangan pengusaha dan pekerja-pekerja dikurangkan.


Siapa boleh menyertai Skim ini?

Skim ini terbuka kepada semua pengusaha yang terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan organik


Cara untuk Memohon / Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Urusetia
Skim Organik Malaysia,
Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Sarawak,
Tingkat 14, Menara Pelita,
Jln Tun Abdul Raman Yaakob,
93050 Kuching,
Tel: 082441000
Faks: 082-440202

[ Atas ]

 
|