Top Menu
Language Select
  English  | Malay
W3C Color Changer
Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font Sizer
Background Changer
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
Banner
Last Updated Date
Last Update: 29 Sep 2014
Version 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
1AZAM PROJEK BERJAYA SAMARAHAN Print 1AZAM PROJEK BERJAYA SAMARAHAN
PROJEK BANTUAN PERALATAN PERTANIAN
Mohamad bin Japar
Kpg. Baru, Kota Samarahan
 

Dulu bekerja dengan seorang towkay pemborong ikan di pasar ikan Petanak.

Memohon bantuan 1AZAM untuk memulakan perniagaan kecil menjual ikan dalam kampung. Mendapat bantuan pada tahun 2010 dalam bentuk papan, kepingan zink dan bahan-bahan lain untuk pembinaan sebuah gerai di hadapan rumah. Bantuan lain seperti penyejuk beku, peti sejuk, alat penimbang, dan sebagainya, juga diberikan.

Beliau mendapat bekalan ikan daripada towkay sendiri untuk memulakan perniagaan. Beliau juga menjual sayur-sayuran selain dari ikan segar. Boleh mendapat keuntungan lebih kurang RM100 setiap hari berbanding dengan makan gaji RM500 sebulan dulu. Dengan perniagaan itu, beliau juga membantu penduduk sekampung kerana mereka sekarang boleh beli ikan dan sayur dalam kampung sendiri.

 

PROJEK BANTUAN PERALATAN PERIKANAN
Seruji bin Razali
Kpg. Tanjung Bandung, Kota Samarahan
 

Beliau adalah seorang nelayan dengan lebih 10 tahun menangkap dan menjual udang galah yang hidup. Beliau juga selalu membeli udang galah yang hidup daripada pemancing dan nelayan lain.

Beliau ada rangkaian pelanggan-pelanggan tetap terutama dari pusat memancing udang di sekitar bandar yang bergantung kepadanya untuk membekalkan mereka dengan udang  hidup yang berkualiti baik.

Di beri bantuan 1AZAM pada tahun 2010 dalam bentuk tangki PVC, simen, paip, pam oksigen, papan, dan sebagainya supaya beliau dapat meningkatkan penyimpanan dan penyaman udang hidup untuk mengurangkan kadar kematian. Kini, dengan pam oksigen dan tangki simen yang lebih besar, kadar kematian dapat dikurangkan daripada 30% ke hingga 5%. Beliau juga boleh menyimpan lebih banyak udang di dalam tangki simen itu.

Beliau menjual dengan harga borong pada RM33 sekilogram. Bekalan sentiasa tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi.

Sebelum bantuan 1AZAM, pendapatan beliau adalah RM800 sebulan menggunakan tangki PVC kecil tanpa oksigen. Dengan bantuan 1AZAM, pendapatan beliau kini adalah RM1,500 sebulan.

 

PROJEK INTEGRASI LADA/HALIA
Anew anak Gadus
Kpg. Goran Mawang, Serian
 
Di beri bantuan 1AZAM pada tahun 2010 dalam bentuk baja12:12:17:2, racun serangga, racun rumpai, penyembur kuasa, dan lain-lain input pertanian untuk membantu mengekalkan dan meningkatkan pengeluaran lada beliau. Pada masa yang sama, bantuan dalam bentuk sulur halia dan baja 15:15:15 juga diberikan untuk tanaman integrasi lada dan halia.

Kebun lada hitam beliau telah ditanam dengan 400 pokok 5 tahun yang lalu dan tidak pernah dijaga kerana beliau tidak mampu untuk membeli baja sebab kos yang tinggi. Selepas bantuan baja lada telah diberikan, kebun lada beliau sekarang kelihatan lebih bersih dan pokok lada nampak sihat. Dan di antara pokok lada ditanam dengan halia. Tanaman halia pertama telah dituai dan beliau dapat keuntungan RM810. Kini beliau dalam penanaman halia kali kedua. Selain daripada tanaman halia, beliau juga tanam sayuran lain seperti cekur manis dan jagung di tepi kebun lada beliau.

Pendapatan beliau adalah lebih kurang RM300 sebulan daripada hasil lada hitam sebelum bantuan 1AZAM. Kini beliau boleh mendapat RM750 sebulan daripada hasil lada dengan cara pembajaan dan penyelenggaraan yang betul.




 

 
|