|
1AZAM |
|
|

|
Program 1AZAM adalah program dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Malaysia. Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin (iaitu dibawah RM520 sebulan bagi Negeri Sarawak). Peserta adalah golongan masyarakat miskin yang berdaftar di bawah program e-kasih.
|
SASARAN NEGERI SARAWAK
Sasaran Ketua Isi Rumah (KIR) bagi Negeri Sarawak setakat tahun ini adalah 11,400 KIR. Daripada jumlah tersebut program 1AZAM ini dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, iaitu Jabatan Pertanian, UPUB, LKIM, SEDC, STIDC, Giat MARA, LLM dan lain-lain. Projek-projek yang akan dilaksanakan untuk perserta 1AZAM dibahagi kepada:
a) AZAM TANI (pertanian, ternakan, akuakultur) b) AZAM NIAGA (pemasaran produk, perniagaan runcit, warung makanan dan minuman, dll) c) AZAM KHIDMAT (perkhidmatan, memotong rumput, menjahit, menyulam, dll) d) AZAM KERJA (mendapat pekerjaan yang sesuai untuk peserta KIR)
Jabatan Pertanian menumpukan kepada projek AZAM TANI yang berasaskan pertanian yang mampu memberi peluang untuk meningkatan taraf hidup para peserta KIR seperti tanaman sayur-sayuran, tanaman kontan, ternakan dan perusahaan ikan air tawar.
|
PERLAKSANAAN 1AZAM DI SARAWAK
Di negeri Sarawak Jabatan Pertanian memainkan peranan utama dalam perlaksanaa program 1AZAM. Setakat ini ianya telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk melaksanakan lebih daripada 70% daripada sasaran yang telah ditetapkan untuk Negeri Sarawak (7,000 KIR). Projek ini dilaksanakan di semua Bahagian dan Daerah termasuk semua kawasan pendalaman.
|
| LAPORAN PELAKSANAAN KIR OLEH JABATAN PERTANIAN BAGI TAHUN 2011 |
|
Bahagian
|
Tani
|
Niaga
|
Khidmat
|
Jumlah
|
|
KUCHING
|
445
|
5
|
4
|
454
|
|
SRI AMAN
|
1,187
|
9
|
1
|
1,197
|
|
SIBU
|
589
|
1
|
5
|
595
|
|
MIRI
|
836
|
9
|
3
|
848
|
|
LIMBANG
|
100
|
11
|
3
|
114
|
|
SARIKEI
|
268
|
1
|
2
|
271
|
|
KAPIT
|
808
|
33
|
10
|
851
|
|
SAMARAHAN
|
1,320
|
33
|
26
|
1,379
|
|
BINTULU
|
117
|
1
|
0
|
118
|
|
MUKAH
|
333
|
231
|
192
|
756
|
|
BETONG
|
523
|
88
|
12
|
623
|
|
TOTAL:
|
6,526
|
422
|
258
|
7,206
|
You Are Visitor No.
|
| |
|
|
|