Top Menu
Language Select
  English  | Malay
W3C Color Changer
Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font Sizer
Background Changer
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
Banner
Last Updated Date
Last Update: 17 Dec 2014
Version 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
Tagang System Print Tagang System
SISTEM TAGANG

Sistem Tagang atau dalam bahasa Ibannya bermaksud pengawalan dan pemuliharaan. Ia bertujuan menimbulkan kesedaran mengenai pemuliharaan dan komitmen masyarakat setempat ke arah meningkatkan pengeluaran ikan sungai untuk makanan serta menggalakkan ekopelancongan. Selain itu, ia juga mewujudkan sikap bertanggungjawab dalam menghalang, mengawal dan mengurangkan pencemaran sungai untuk memelihara persekitaran semulajadi kepada generasi akan datang.

Konsep

Satu konsep perkongsian pintar antara masyarakat dengan Jabatan Pertanian dalam hal perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sungai.

Objektif

  1. Melindungi dan memulihara ekosistem sungai supaya tidak rosak dan tercemar.
  2. Melindungi dan memulihara sumber asli perikanan
  3. Meningkatkan pengeluaran ikan sungai
  4. Menjana pendapatan baru kepada masyarakat (Agro-pelancongan)

Kawasan dan Lokasi

Terdapat 23 kawasan Sistem Tagang di seluruh Negeri Sarawak seperti berikut:

Picture

 

Bahagian No. Lokasi
Kuching
1.
Kg. Semadang
Samarahan
2.
Kg. Mentu
3.
Kg. Terbat
Sri Aman
4.
Kg. Abok Pulau
5.
Sg. Entebar
6.
Sg. Marup
7.
Sg. Merio
Betong
8.
Ulu Bayor
9.
Ulu Rimbas
Sarikei
10.
Sg. Kelaton
11.
Sg. Bilat
Mukah
12.
Sg. Machan
Kapit
13.
Sg. Tisa
Bintulu
14.
Ulu Tubau
15.
Sg. Tubau, Tubau
16.
Sg. Pesu, Tubau
Miri
17.
Sg. Kelata, Lg. Pilah
18.
Sg. Tanyok, Lg. Bedian
19.
Sg. Semiyang, Ulu Baram
Limbang
20.
Kg. Pa Puti
21.
Lg. Lidung
22.
Punang Berayang
23.
Sg. Tuyo

 


Pelancongan

Sistem Tagang berpotensi menarik pelancongan dengan menawarkan produk-produk agro-pelancongan seperti berikut:

  • Homestay
  • Kebudayaan
  • Memancing (Sport Fishing)
  • Merentas hutan (Jungle Tracking)
  • Menyusur sungai / berkayak

Penyelidikan

Sistem Tagang juga membuka jalan untuk para penyelidik untuk menjalankan kajian R&D alam sekitar flora dan fauna dan sosio ekonomi penduduk tempatan dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Kawasan Long Tuyo di Daerah Lawas telah dipilih untuk projek printis di Sarawak memandangkan Sg. Brayong yang terdapat di kawasan tersebut amat sesuai untuk sistem ini. Lebih 9,500 anak ikan telah dilepaskan ke dalam Sg. Brayong termasuk spesies ikan empurau, tengadak, jelawat dan sayan semasa pelancaran.

Picture
YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan melepaskan
anak ikan di Sg.Brayong, Long Tuyo.

Pihak Jabatan Pertanian dan penduduk kampung telah merangka satu undang-undang supaya ikan tidak dituai sewenang-wenangnya sehingga ia mencapai saiz yang sesuai. Di bawah peraturan sistem ini, penuaian hanya boleh dilakukan selepas 2 tahun dari tarikh anak ikan dilepaskan ke dalam sungai tersebut.

Picture
Pemandangan Sg. Brayong di Long Tuyo di mana pelancaran Sistem Tagang disempurnakan. Di sinilah 9500 anak ikan dilepaskan kemudian.
   

Pegawai Dihubungi:

Ketua Penolong Pengarah (Perikanan Darat), Encik Boniface Anat Litis, Tel: 082-441000,
email: bonifaal@sarawaknet.gov.my


   [ atas ]

 
|