 |
Ucapan pembukaan oleh En Lai Kui Fong, Pengarah Pertanian Sarawak Sempena Majlis Konvokesyen KIK dan KFA tahun 2013
|
Pada 16.5.2013 , bertempat di Riverside Majestic Hotel , Kuching, dengan motto “Kreativiti dan Inovasi Pemacu Tranformasi” Jabatan Pertanian Sarawak telah berjaya menganjurkan konvensyen KIK dan KFA setelah lebih 14 tahun tidak menganjurkan konvensyen tersebut dengan kali terakhir Jabatan menganjurkan adalah pada tahun 1998. Sebelum ini dikenali sebagai KMK ( Kumpulan Meningkat Mutu Kerja) dan yang pertama dianjurkan pada tahun 1995, pada tahun 1995 juga merupakan tahun yang paling bermakna bagi Jabatan Pertanian Sarawak apabila sebuah kumpulan KMK yang diberi nama BEDUS 2020 telah menempah nama menjadi johan peringkat negeri, tetapi malangnya tidak berjaya di peringkat kebangsaan. Selari dengan Pelan Tindakan SCS10-20 yang memberi penekanan terhadap pembudayaan amalan KIK dan KFA dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, jabatan dengan inisiatif barunya cuba menyemai dan menggalak wargakerjanya menaktifkan semula inisiatif kualiti ini.... |